[MOTIVASI] Kita Dan Rama-Rama

Rama-rama yang keluar dari kepompong
Kajian menunjukkan rama-rama yang dibantu untuk keluar dari kepompong mempunyai jangka hayat yang lebih singkat dan bentuk badan yang tidak normal berbanding rama-rama yang keluar dari kepompong secara sendirinya, walaupun dalam susah payah. Fitrahnya, rama-rama mesti melalui lubang kecil tersebut sebagai jalan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. bagi memaksa cairan daripada tubuh rama-rama masuk ke dalam kepaknya, untuk menambah kekuatan pada sayap-sayap rama-rama tersebut.

[REKACIPTA] Nota Ringkas Cerpen Kasut Kelopak Jantung

Kami menyediakan nota ringkas bagi Antologi Teks Komponen Sastera Tingkatan 1, Kasut Kelopak Jantung nukilan Ghazali Lateh. Anda juga disediakan sebuah filem pendek Kasut Kelopak Jantung. Semoga segala maklumat ini dapat memberi manfaat kepada anda.

[MOTIVASI] Baby Elephant Syndrome

Seekor anak gajah di bawa ke sebuah sarkis bagi membuat pertunjukkan. Gajah yang masih kecil itu diikat dengan rantai besi. Gajah itu cuba untuk membebaskan diri tetapi gagal dan dia terus mencuba namun tetap gagal. Setelah sekian lama mencuba, mencuba dan terus mencuba untuk melepaskan diri daripada dirantai, anak gajah tersebut akhirnya mengalah dan berhenti mencuba kerana sangkanya memang dia tidak akan mampu untuk melepaskan diri daripada ikatan tersebut.

[BUKU TEKS] Pautan Web Buku Teks

Kami menyediakan pautan web bagi Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 iaitu Kemunculan Tamadun Awal Manusia. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk kepada laman-laman web dibawah.

[AKTIVITI] Penilaian Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

Cikgu Hafiz sedang memberi penerangan
Pada 4 September 2013, dua orang penilai dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahagian Buku Teks iaitu Tuan Kamaruddin Bin Ismail dan Tuan Saiffudin Bin Mat Piah. Mereka diiringi oleh Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) iaitu Encik Wan Zainal Bin Wan Ngah dan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Encik Zulkafli Bin Omar. Mereka datang ke SMK Tengku Zaharah untuk menilai BOSS. SMK Tengku Intan Zaharah ialah salah satu daripada 5 buah sekolah yang layak ke pusingan akhir.

[AKTIVITI] Reka Cipta Daripada Bahan Kitar Semula

Hasil rekacipta daripada bahan kitar semula
Khamis, 4 Julai 2013 – Kelab SPBT telah menganjurkan sebuah program reka cipta daripada bahan kitar semula. Sebahagian ahli SPBT menyertai acara yang dianjurkan. Model-model yang terdapat diacara tersebut diperbuat daripada bahan-bahan yang terbuang. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan idea pelajar tentang inovasi dan idea baru dari individu pelajar itu sendiri oleh itu kelab SPBT telah membuat program seperti ini bagi memberi peluang kepada ahli-ahli kelab yang berbakat.

[AKTIVITI] Kempen Sayangi Buku Teks

Ucapan dari Tuan Haji Bakar
Tanggal 9 Jun 2013, di dataran perhimpunan SMK Tengku Intan Zaharah bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 9.00 pagi telah berlangsung Kempen Sayangi Buku Teks. Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan penggunaan dan kecaknaan buku teks dalam kalangan pelajar. Pelancaran kempen ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Bakar Bin Jusoh, pengetua SMK Tengku Intan Zaharah. Buku teks merupakan sumber rujukan utama di sekolah dan nadi ilmu kepada pelajar. Selain itu program ini juga bertujuan menyasarkan sifar kehilangan buku teks. Program ini berjalan dengan lancar dan berharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


[AKTIVITI] Pengagihan Buku Teks 2013

Pengagihan buku teks sesi 2013
Pada awal tahun 2013, yang bertarikh 13 Januari kelab SPBT telah menjalankan aktiviti mengagih-agihkan buku teks kepada pelajar-pelajar SMK Tengku Intan Zaharah. Beberapa orang ahli kelab SPBT telah ditugaskan untuk membantu guru menyediakan buku-buku teks secara bersistematik dan lancar agar tidak berlaku kekalutan dan tidak puas hati pada servis yang diberi. Oleh itu, pelajar yang mengambil buku teks perlu menjalankan kerjasama agar segalanya berjalan dengan lancar.

[MOTIVASI] Percaya dan Berjaya : Kejayaan Milik Setiap Insan.

Kejayaan atau Kegagalan? Pilih.
Percayalah anda boleh! Yakinkan diri anda bahawa anda boleh berjaya. Kunci setiap kejayaan ialah 'confidence' yang perlu ada dalam diri setiap insan yang ingin berjaya. Pada zaman IT ini, pelajar menjadi kurang yakin untuk berdiri di hadapan kelas apatah lagi untuk melemparkan kata-kata atau memberi cadangan. Masalah kurang keyakinan diri perlu dibendung dari awal bagi mengelakkan pelajar menjadi sukar becakap ketika di hadapan kelas.

[MUAT TURUN] eKatalog Buku Teks Sekolah Menengah Bagi Tahun 2013

eKatalog Sek. Men. Bagi Tahun 2013
eKatalog ini dikeluarkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepada ibubapa, pelajar dan guru yang ingin mengetahui mengenai ciri-ciri buku teks untuk tahun 2013, anda boleh memuat turun fail pdf yang mengandungi ciri-ciri asas seperti senarai buku teks yang digunakan mengikut tingkatan, harga buku, pengarang/penulis buku dan juga maklumat penerbit. Didalam eKatalog ini juga terdapat nombor siri buku teks yang mana akan memudahkan pengguna untuk membeli buku teks secara terus ataupun dalam talian.

[INFO] Storan Atas Talian Untuk eBuletin dan Lain-lain

MediaFire, storan atas talian popular
Alhamdulillah, akhirnya perkhidmatan eBuletin telah mendapat saluran rasmi untuk membolehkan para pengguna memuat turun keluaran terbarunya. Dengan menggunakan storan atas talian yang terkenal iaitu MediaFire, keluaran eBuletin terbaru boleh dimuat turun 24/7, tidak kira dimana dan pada bila-bila masa.

[VIDEO] Penerangan Sistem SPBTIZ 360 oleh Duta SPBTIZ