Sahabat BOSS


Pendahuluan


Buku sebagai sumber ilmu mestilah di jaga dengan baik. Untuk memastikan proses pengurusan buku terjaga dengan baik maka Sahabat BOSS telah ditubuhkan untuk memudahkan segala urusan yang berkaitan SPBT dapat berjalan dengan lancar.

Aktiviti utama Kelab SPBT adalah untuk membantu Guru Penyelaras SPBT dalam meningkatkan  pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah. Manakala tugas Sahabat BOSS membantu guru SPBT dalam menjalankan tugas-tugas SPBT. Situasi ini berlaku kerana kumpulan ini bergerak dalam satu pasukan yang mantap dalam menjalankan sebarang urusan yang berkaitan SPBT mengikut bidang tugas yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya Sahabat BOSS merupakan nadi penggerak dalam menjana kecemerlangan sekolah khususnya SPBT.

Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa Sahabat BOSS


Biro Aduan
  • Menerima aduan kerosakkan  dan kehilangan buku
  • Memberi nombor  perolehan

Biro Pengurusan
  • Mengecop dan memasukkan nombor peroloehan buku  teks SPBT
  • Mengasingkan buku teks SPBT yang rosak
  • Mengira stok  buku teks SPBT
  • Melaksanakan proses berkaitan pelupusan buku teks

Biro Seliaan
  • Menyelia keselamatan dan keadaan fizikal buku teks SPBT di tangan murid
  • Membaik pulih buku teks SPBT yang rosak

Biro Keceriaan
  • Memastikan keceriaan, kebersihan dan kekemasan Bilik BOSS
  • Menyelenggara Taman / Anjung SPBT

Biro Data dan Rekod
  • Mengemas kini dan dan rekod buku teks SPBT
  • Mengemas kini data pinjaman dan pemulangan  buku teks SPBT
  • Menyimpan maklumat ahli Kelab SPBT

Ahli Jawatankuasa


Sila klik untuk besarkan