Soalan Lazim

Dipetik daripada laman web rasmi Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia (Klik Disini).

Soalan 1

Adakah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diberikan kepada semua murid sekolah di Malaysia?

Jawapan:
SPBT diberikan 100% kepada:
  • Semua murid warganegara Malaysia (memiliki surat daftar kelahiran/kad pengenalan warganegara Malaysia/ Sijil Pengesahan Taraf Borang W).
  • Semua murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Berasrama Penuh.

  • SPBT tidak dibekalkan kepada : Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Swasta, Sekolah Pendidikan Khas.

Soalan 2

Adakah Buku Teks Sains dan Matematik dalam Bahasa Cina di bawah SPBT?

Jawapan:
Tidak, buku teks tersebut bukan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks.

Soalan 3

Adakah buku teks boleh dibeli sendiri oleh murid yang tidak mahu membuat pinjaman melalui SPBT?
Jawapan:
Boleh, buku teks boleh dibeli sendiri di pasaran terbuka atau terus daripada penerbit. Maklumat tentang penerbit boleh diperolehi di dalam katalog buku teks melalui guru SPBT sekolah.

Soalan 4

Adakah buku kerja dan buku latihan juga di bawah SPBT?
Jawapan:
Tidak, hanya buku teks yang pakejnya ada Buku Latihan dan Aktiviti sahaja di bawah SPBT.

Soalan 5

Adakah murid yang berpindah ke sekolah baru boleh membawa bersama buku SPBT?
Jawapan:
Boleh, kalau murid berpindah ke sekolah di dalam zon yang sama (Proses merekod maklumat dijalankan oleh guru SPBT).

Zon SPBT:
1. Zon Utara : Perlis, Kedah, P.Pinang dan Perak
2. Zon Tengah : Selangor, W.P KL dan N. Sembilan
3. Zon Selatan: Melaka dan Johor
4. Zon Timur : Pahang, Terengganu dan Kelantan
5. Zon Sabah dan W.P Labuan
6. Zon Sarawak

Soalan 6

Adakah murid masih perlu mengisi borang kelayakan SPBT?
Jawapan:
Tidak, Maklumat murid boleh diperolehi daripada Borang Maklumat Murid (BMM).

Soalan 7

Bolehkah buku teks dibeli di Bahagian Buku Teks?
Jawapan:
Tidak.