SPBTIZ Clicks

Logo SPBTIZ Clicks


Pengenalan


Dalam era dunia tanpa sempadan ini, ilmu pengetahuan dan informasi terbaru dapat diakses melalui hujung jari sahaja. Teknologi terkini seperti internet berkelajuan tinggi telah membantu maklumat disampaikan dengan cepat. Media massa kini tidak hanya tertumpu kepada surat khabar dan juga televisyen semata-mata. Penggunaan media baru telah mula membuka mata banyak pihak terutamanya dalam bidang pendidikan. Ditambah pula dengan ledakan penggunaan media sosial, maklumat dan ilmu pengetahuan dapat disalurkan dengan lebih efektif. Semuanya telah menjadikan informasi dan ilmu pengetahuan semakin mudah untuk diakses.

Menyedari hakikat ini, pihak SPBT SMKTIZ telah merancang satu sistem capaian maklumat dengan memanipulasi penggunaan media sosial oleh warga sekolah. Sistem ini dikenali sebgai SPBTIZ Clicks. Sistem ini akan merangkumkan beberapa laman sosial ke dalam satu sistem yang mana setiap maklumat terbaru akan dikemaskini secara automatik di semua laman sosial yang berdaftar oleh SPBTIZ.

Oleh itu, dalam usaha untuk menyampaikan maklumat terkini SPBT kepada semua warga sekolah, kewujudan akaun di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain dilihat amat bertepatan. Ini kerana rata-rata pelajar dan staf mempunyai salah satu akaun di laman-laman sosial tersebut. Mereka sangat aktif di laman-laman ini. Kadar untuk mereka menerima maklumat terkini amat tinggi dan maklumat SPBT amat penting untuk diketahui oleh mereka.

Objektif


  • Meluaskan jaringan penyampaian maklumat terkini SPBT kepada warga sekolah.
  • Mendedahkan para pelajar kepada manfaat media sosial.
  • Mendidik para pelajar khususnya ahli Kelab SPBT kepada penggunaan media sosial dan juga cara menguruskannya dengan baik dan berkesan.

Golongan Sasaran


  • Semua warga SMKTIZ
  • Semua ibubapa kepada pelajar SMKTIZ

Pelaksanaan


  • Sehingga kini, SPBT SMKTIZ hanya mempunyai 4 akaun iaitu Facebook, Twitter, Blog dan YouTube sahaja. Penambahan akaun di laman sosial lain akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan mendapat persetujuan daripada pihak Pengurusan SPBT SMKTIZ.
  • Sistem ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pengurusan Media Sosial dibawah pengawasan oleh Biro Publisiti & Dokumentasi, Kelab SPBT.
  • Setiap berita/informasi akan disemak dahulu oleh Guru SPBT sebelum ianya dikemaskini di laman-laman sosial.
  • Sistem ini akan memberi informasi berkenaan SPBT iaitu:
    • Waktu pengambilan dan penghantaran buku teks.
    • Senarai jenis buku teks yang digunakan oleh SMKTIZ.
    • Aktiviti terbaru seperti pertandingan mencipta logo dan lain-lain.

Tema


"Kepelbagaian Saluran Maklumat, Pemangkin Kejayaan Organisasi"


Nama Akaun Dan Pautan Laman



Rumusan


Diharap sistem ini akan dapat mengketengahkan lagi peranan SPBT SMKTIZ dalam memberi informasi dan pengetahuan kepada semua warga sekolah dan masyarakat.