[AKTIVITI] Kempen Sayangi Buku Teks

Ucapan dari Tuan Haji Bakar
Tanggal 9 Jun 2013, di dataran perhimpunan SMK Tengku Intan Zaharah bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 9.00 pagi telah berlangsung Kempen Sayangi Buku Teks. Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan penggunaan dan kecaknaan buku teks dalam kalangan pelajar. Pelancaran kempen ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Bakar Bin Jusoh, pengetua SMK Tengku Intan Zaharah. Buku teks merupakan sumber rujukan utama di sekolah dan nadi ilmu kepada pelajar. Selain itu program ini juga bertujuan menyasarkan sifar kehilangan buku teks. Program ini berjalan dengan lancar dan berharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.




Oleh :
Rabiatul Adawiyah Binti Azahar