[MOTIVASI] Kita Dan Rama-Rama

Rama-rama yang keluar dari kepompong
Kajian menunjukkan rama-rama yang dibantu untuk keluar dari kepompong mempunyai jangka hayat yang lebih singkat dan bentuk badan yang tidak normal berbanding rama-rama yang keluar dari kepompong secara sendirinya, walaupun dalam susah payah. Fitrahnya, rama-rama mesti melalui lubang kecil tersebut sebagai jalan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. bagi memaksa cairan daripada tubuh rama-rama masuk ke dalam kepaknya, untuk menambah kekuatan pada sayap-sayap rama-rama tersebut.

[REKACIPTA] Nota Ringkas Cerpen Kasut Kelopak Jantung

Kami menyediakan nota ringkas bagi Antologi Teks Komponen Sastera Tingkatan 1, Kasut Kelopak Jantung nukilan Ghazali Lateh. Anda juga disediakan sebuah filem pendek Kasut Kelopak Jantung. Semoga segala maklumat ini dapat memberi manfaat kepada anda.

[MOTIVASI] Baby Elephant Syndrome

Seekor anak gajah di bawa ke sebuah sarkis bagi membuat pertunjukkan. Gajah yang masih kecil itu diikat dengan rantai besi. Gajah itu cuba untuk membebaskan diri tetapi gagal dan dia terus mencuba namun tetap gagal. Setelah sekian lama mencuba, mencuba dan terus mencuba untuk melepaskan diri daripada dirantai, anak gajah tersebut akhirnya mengalah dan berhenti mencuba kerana sangkanya memang dia tidak akan mampu untuk melepaskan diri daripada ikatan tersebut.

[BUKU TEKS] Pautan Web Buku Teks

Kami menyediakan pautan web bagi Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 iaitu Kemunculan Tamadun Awal Manusia. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk kepada laman-laman web dibawah.

[AKTIVITI] Penilaian Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

Cikgu Hafiz sedang memberi penerangan
Pada 4 September 2013, dua orang penilai dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahagian Buku Teks iaitu Tuan Kamaruddin Bin Ismail dan Tuan Saiffudin Bin Mat Piah. Mereka diiringi oleh Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) iaitu Encik Wan Zainal Bin Wan Ngah dan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Encik Zulkafli Bin Omar. Mereka datang ke SMK Tengku Zaharah untuk menilai BOSS. SMK Tengku Intan Zaharah ialah salah satu daripada 5 buah sekolah yang layak ke pusingan akhir.

[AKTIVITI] Reka Cipta Daripada Bahan Kitar Semula

Hasil rekacipta daripada bahan kitar semula
Khamis, 4 Julai 2013 – Kelab SPBT telah menganjurkan sebuah program reka cipta daripada bahan kitar semula. Sebahagian ahli SPBT menyertai acara yang dianjurkan. Model-model yang terdapat diacara tersebut diperbuat daripada bahan-bahan yang terbuang. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan idea pelajar tentang inovasi dan idea baru dari individu pelajar itu sendiri oleh itu kelab SPBT telah membuat program seperti ini bagi memberi peluang kepada ahli-ahli kelab yang berbakat.

[AKTIVITI] Kempen Sayangi Buku Teks

Ucapan dari Tuan Haji Bakar
Tanggal 9 Jun 2013, di dataran perhimpunan SMK Tengku Intan Zaharah bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 9.00 pagi telah berlangsung Kempen Sayangi Buku Teks. Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan penggunaan dan kecaknaan buku teks dalam kalangan pelajar. Pelancaran kempen ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Bakar Bin Jusoh, pengetua SMK Tengku Intan Zaharah. Buku teks merupakan sumber rujukan utama di sekolah dan nadi ilmu kepada pelajar. Selain itu program ini juga bertujuan menyasarkan sifar kehilangan buku teks. Program ini berjalan dengan lancar dan berharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.