Kata hikmah yang terdapat di BOSS |
Ilmu hadir kerana setiap manusia memiliki sifat ingin tahu
pada setiap hal yang ada mahupun sedang berlaku disekelilingnya. Oleh itu,
timbul pengetahuan setelah melalui beberapa proses. Allah Maha Kuasa, Dia
mengurniakan manusia dengan akal fikiran. Dengan akal dan fikiranlah manusia
mendapat ilmu seperti ilmu pengetahuan sosial, ilmu pertanian, ilmu pendidikan,
ilmu kesihatan dan sebagainya. Akal dan fikiran inilah yang memproses setiap
pengetahuan yang diserap oleh pancaindera yang dimiliki oleh manusia.
"Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu
atau pakar) jika kamu tidak mengetahuinya (keadaan sesuatu perkara)".
Surah-Nahl, ayat 43.
Pada zaman IT ini enjin carian Google adalah satu tempat
yang boleh digunakan untuk bertanya. Ini adalah salah satu cara yang digunakan
untuk mendapatkan maklumat oleh masyarakat zaman edan ini.
Jiwa yang mati kerana kekeringan ilmu dalam diri. Hidup
tanpa ilmu seperti badan tanpa jiwa. Akhirnya yang berjalan hanyalah manusia
tanpa perasaan, hati dan arah tuju. Ke mana kita akan melangkah? Langkah hanya
mengikut kelazatan dan syahwat sendiri. Oleh itu, marilah kita mengejar ilmu
dan beramallah dengan ilmu tersebut. Imam Al-Ghazali pernah berkata "Ilmu
tanpa amal adalah gila dan pada masa yan sama amal tanpa ilmu merupakan suatu
amalan yang sia-sia". Beramallah dengan llmu yang diperoleh. Jangan sampai
kita menjadi orang yang menyesal dan meminta kembali ke dunia kerana semua itu
tidak mungkin akan berlaku.
Oleh:
Farah Nur A'leya Binti Md. Nawi
Farah Nur A'leya Binti Md. Nawi