SPBTIZ.TV

Logo SPBTIZ.TV


Pengenalan


Dalam kerancakan arus media sosial kini, ramai pengguna internet yang mengambil jalan untuk mempotretkan sejarah diri ke atas talian sama ada melalui kemaskini cerita di Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain tidak kira dalam bentuk gambar, tulisan atau video. Manusia kini telah dihidangkan dengan pelbagai menu laman media sosial yang dapat membantu manusia untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi maklumat.

Dewasa ini, perkongsian maklumat dalam bentuk video amat berkesan. Apabila laman sesawang media sosial YouTube beroperasi, manusia mula berkongsi cerita melalui video disamping melalui gambar dan tulisan. Dalam bidang pendidikan, YouTube dapat memberi manfaat yang besar kerana rata-rata penggunanya adalah dari kalangan pelajar. Jika golongan sasar sesuatu video dapat dicapai, maklumat dapat disampaikan secara mapan.

Menyedari hakikat ini, pihak pengurusan SPBT SMKTIZ(SPBTIZ) telah bersetuju untuk membuka akaun di laman sosial YouTube bagi mempelbagaikan saluran penyampaian maklumat SPBT disamping memberi penerangan tentang SPBT. Perkhidmatan ini diberi nama SPBTIZ.TV. Melaluinya, warga sekolah dan masyarakat luar akan dapat memahami dan sedar tentang peranan SPBT dalam membantu kecemerlangan sekolah.

Objektif


  • Menyampaikan maklumat kepada warga sekolah dan masyarakat melalui video.
  • Memberi penerangan teknik untuk menjaga buku.
  • Mengasah bakat pelajar khususnya ahli Kelab SPBT dalam pembikinan video bermaklumat.
  • Membantu SPBTIZ untuk mempelbagaikan saluran penyampaian maklumat.
  • Mengolah bentuk penyampaian maklumat supaya lebih menarik dan berinformasi.

Golongan Sasaran


  • Semua warga sekolah
  • Masyarakat luar

Pelaksanaan


  • Perkhidmatan ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pengurusan Media Sosial dibawah seliaan Biro Publisiti & Dokumentasi.
  • Bahagian ini akan diuruskan oleh sebuah kumpulan yang mana tugas mereka adalah untuk merancang, mengkaji dan membuat video berkaitan SPBT.
  • Antara maklumat yang akan disampaikan adalah:
    • Maklumat Klinik SPBT (contohnya cara-cara membalut buku dan lain-lain).
    • Informasi aktiviti SPBTIZ termasuk liputan aktiviti dan lain-lain.
    • Informasi terkini mengenai buku teks (contohnya bilangan buku teks yang digunakan di SMKTIZ dan lain-lain).
    • Lain-lain maklumat selagi berkaitan dengan SPBT.
  • Setiap video yang dibuat akan dikaji, dirancang dan disemak oleh pihak pengurusan SPBTIZ sebelum ianya disiarkan di saluran SPBTIZ.TV.

Pautan Laman Saluran SPBTIZ.TV



Tema


“Penyampaian Maklumat Menarik, Semua Tertarik”

Rumusan


Perkhidmatan yang disediakan oleh SPBTIZ ini diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh pengguna disamping dapat membantu memberi kefahaman tentanh peranan SPBT kepada warga sekolah dan masyarakat.