Pengenalan
Persekitaran sekolah yang indah dan menarik adalah pemangkin
pembentukan minda yang sihat. Informasi dari pelbagai cabang ilmu membantu menjana pemikiran pelajar.
Justeru pondok yang ada telah di tambah baik lagi dengan inisiatif ahli Kelab SPBT dengan menceriakan pondok yang
ada supaya lebih menarik dan santai serta
bermaklumat bagi pelajar yang mengunjungi pondok ini
Sanggar ini di hiasi dengan pelbagai maklumat tentang buku teks serta kata-kata bermotivasi. Terdapat juga bahan bacaan disediakan sebagai santapan minda kepada para pelajar agar mengisi masa
senggang mereka. Buku-buku yang disediakan dapat memberi manfaat ka pelajar
agar menjadi insan yang berilmu dan
cemerlang dalam pelbagai bidang. Tempat duduk yang ada memberi kemudahan kepada
para pelajar mengulang kaji pelajaran dan membuat perbincangan kumpulan di
samping menikmati persekitaran
yang menarik.
Arca yang dibina sebagai kekuatan taman ini. Arca buku
terbuka dan glob di atasnya memberi
inspirasi kepada pelajar supaya sentiasa membaca dan mencari maklumat daripada
buku kerana maklumat dunia ada di dalam buku.
Objektif
- Menyediakan suasana pembelajaran luar darjah dan damai
- Sebagai tempat yang tenang untuk diskusi akademik berkumpulan
- Memberi maklumat terkini tentang Skim Pinjaman Buku Teks
Tema
"Taman Berinformasi Menjana Minda Berkualiti"