Pengenalan
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.
Matlamat
Memastikan pelajar daripada kalangan ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi persekolahan bermula.
Objektif
- Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
- Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka.
- Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
- Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka.
Fungsi
- Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat.
- Mengawal penggunaan buku teks.
- Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat.
- Mengawal penggunaan buku teks.
Matlamat Penubuhan SPBT SMK TG. Intan Zaharah
- Menguruskan SPBT dengan adil dan efiisien setiap masa berpandukan dasar kementerian secara berterusan dan berkesan
- Pusat penyimpanan dan pengedaran buku SPBT Kementerian Pelajaran
- Memastikan semua urusan SPBT dengan PPD / JPN Kementerian disempurnakan dalam masa yang ditetapkan
Visi
Memartabatkan pengurusan buku teks demi kecemerlangan pelajar.
Misi
- Berdedikasi, komited dan ikhlas dalam pengurusan SPBT secara berterusan berpandukan dasar yang ditetapkan
- Memastikan pelajar memahami prosedur SPBT
- Berusaha membantu melicinkan pengurusan SMKTIZ
Jawatankuasa SPBT SMK Tengku Intan Zaharah
Gambar
Motto
"Pengurusan Cemerlang SPBT Terbilang"
Piagam Pelanggan
- Menguruskan SPBT dengan cekap, efisien dan cemerlang
- Menguruskan pengagihan buku-buku teks SPBT dengan cepat dan sistematik
- Memantau penggunaan buku SPBT secara optimum
- Memupuk budaya “SAYANGI BUKU TEKS’ dalam kalangan warga sekolah