[BUKU TEKS] Jom Kenali Penulis Buku Teks Sejarah Tingkatan 4!

Buku teks Sejarah Tgktn. 4
Penulis Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 terdiri daripada 4 orang iaitu Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Muhd Yusof bin Ibrahim, Muhammad Bukhari bin Ahmad dan Rosnaini binti Sulaiman. Disini saya sertakan biodata mereka secara ringkas.







Biodata penulis


Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kubang Keranji, Kota Bharu, Kelantan, di Maktab Teknik Kuala Lumpur dan Maktab Perguruan Pulau Pinang. Beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaya dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) daripada University of London. Setakat ini beliau telah menghasilkan lebih daripada 80 makalah akademik dalam jurnal nasional dan antarabangsa serta 20 buah buku, antaranya, Arkeologi dan Kerajaan Kuno Sumatera. Beliau pernah menjadi guru selama lima tahun sebelum bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1972 hingga kini.


Muhd Yusof bin Ibrahim berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) daripada University of Philippine, Filipina. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku ilmiah, antaranya, Aspek dan Perkembangan Falsafah-Falsafah Sejarah Dunia Barat (1991) dan Sejarah: Falsalfah, Pengertian dan Kaedah (2000). Beliau juga berpengalaman menulis buku teks bagi sekolah menengah iaitu Sejarah Tingkatan 1 (1987), Sejarah Tingkatan 2 (1988/89). Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.


Muhammad Bukhari bin Ahmad berkelulusan Ijazah Sarjana daripada University of Chicago, C. Phil dan Ijazah Doktor Faslafah (Ph.D.) daripada University of California di Berkeley , Amerika Syarikat. Beliau pernah belajar di Universiti Ferdowsi (Mashhad) dan Universiti Tehran di Iran; dan Universiti Bosphorus (Istanbul) di Turki. Beliau terlibat dalam penulisan ilmiah sejak tahun 1974. Antaranya karya beliau termasuklah Qasidahs in Honor of the Prophet (1983), dan The Ocean of Unity (1993). Beliau turut menyumbangkan artikel untuk jurnal dan ensiklopedia di dalam dan luar Negara. Beliau merupakan Anggota Kehormat Rabitat al-Adab al-Hadith bi’l-Qahirah (Mesir) dan Peivand Society (Tajikistan). Beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1977 hingga tahun 2001. Kini, beliau bertugas di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.



Rosnanaini binti Sulaiman mendapat Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaya pada tahun 1979 dan Ijazah Sarjana (Pendidikan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia  pada tahun 1997. Bidang pengkhususan beliau ialah Sejarah dan Pendidikan Islam. Beliau mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah selama 18 tahun. Beliau pernah terlibat dalam penilian buku teks Sejarah pada tahun 1993. Beliau tamat peringkat Ijazah Doktor Faslafah (Ph.D.) pada tahun 2002. Kini beliau bertugas di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.

Disediakan Oleh:
Rabiatul Adawiyah Bt. Azahar