![]() |
Kejayaan atau Kegagalan? Pilih. |
Percayalah anda boleh! Yakinkan diri anda bahawa anda boleh berjaya. Kunci setiap kejayaan ialah 'confidence' yang perlu ada dalam diri setiap insan yang ingin berjaya. Pada zaman IT ini, pelajar menjadi kurang yakin untuk berdiri di hadapan kelas apatah lagi untuk melemparkan kata-kata atau memberi cadangan. Masalah kurang keyakinan diri perlu dibendung dari awal bagi mengelakkan pelajar menjadi sukar becakap ketika di hadapan kelas.
"Apabila sesuatu bangsa tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal dalam kehinaan." - Tun Dr. Mahathir Mohamad
Kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad menunjukkan betapa pentingnya kepercayaan diri pada sesuatu bangsa bagi memajukan bangsa mereka. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk membina keyakinan diri yang mantap. Terdapat beberapa langkah untuk meneguhkan keyakinan diri seperti:
Prinsip hidup yang mantap
Semakin mantap prinsip atau moto hidup anda, semakin teguhlah keyakinan diri anda untuk mencapai kejayaan.
Matlamat hidup
Binalah hala tuju dan matlamat yang jelas mengenai kehidupan anda. Berfikirlah dengan jauh dan lebih matang.
Rancang tindakan mencapai matlamat
Hal ini berfungsi memastikan diri anda sentiasa bersedia dan mampu bertindak balas dengan jayanya terhadap apa jua rintangan yang dihadapi dalam mencapai matlamat hidup anda.
Tingkatkan ilmu
Anda haruslah mengetahui perkara-perkara baru atau isu-isu semasa. Ilmu-ilmu baru ini akan meningkatkan keyakinan dan keupayaan anda semasa bercakap berkaitan isu-isu terkini.
Tingkatkan kualiti penampilan diri
Anda akan menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan seseorang jika anda sentiasa memelihara keterampilan diri dengan baik. Bak kata pepatah 'penampilan mencerminkan keperibadian seseorang'.
Oleh:
Farah Nur A'leya Binti Md. Nawi